18 October 1988

Where I was in 1987-1988 ....

I was in my first year at Glasgow University from September 1987 until through out the summer of 1988.

My matric number: 871243

Initially my first flat was at:
29, Oakfield Avenue
Glasgow G12 8LL

Oakfield Avenue


After few months, I moved over to another flat at:
87 (1/R), Barrington Drive
Glasgow G4 9ES

Throughout the academic calendar year, in between the Martinmas, Candlemas and Whitsun Terms, I did some travelling in the UK as well as around Europe to the following cities or towns:
  1. Dewsbury

  2. Blackburn

  3. Loch Lomond

  4. Edinburgh

  5. Newcastle upon Tyne

  6. London

  7. Paisley

  8. Stirling

  9. Falkirk

  10. Carlisle

  11. Sheffield

  12. Manchester

  13. Bradford

  14. Leeds

  15. Balloch

  16. Southall

  17. Stretenham

  18. Dover

  19. Calais

  20. Brugge

  21. Anterwerpen

  22. Breda

  23. Gorinchem

  24. Bremen

  25. Hamburg

  26. Odense

  27. Nyborg

  28. Helsinger

  29. Helsinborg

  30. Stockholm

  31. Fittja

  32. Tensta

  33. Rinkeby

  34. Goteburg

  35. Malmo

  36. Copenhagen

  37. Amsterdam

  38. Brussels

  39. Gent
It was on 17th May 1988, I celebrated the 1st day of Syawal in Glasgow, UK while the Aidil Adha on 24th July in Malmo, Sweden.

I also worked part time in a cafe with a mere salary of 12 pounds per day :(

09 October 1988

Tok Guru

Supposedly, I was the great grandson of a Tok Guru.

My great grandfather the Tok Guru was a well known 'orang alim' originated from Penang. His name was Ahmad bin Abbas, or famously known as Lebai Ahmad.

Sometimes he goes under the pen-name Malik al Faqir al Haqir Ahmad bin Abbas Filfilan.

He passed away peacefully in 1963.

Aqaaid al Iman, written by Tok Guru

08 February 1988

Seketika Itu

Seketika itu aku terpegun di jendela kamarku yang membuka luas pandangan luar. Salji sedang turun. Putik-putik sehalus kapas, melayang-layang menjunam dari langit. Aduhai, aduhai indahnya suasana. Aku semakin enak di situ. Salji makin lebat. Semuanya memutih. Aku turun ke bawah.

Inikah salji?

Kukepal, kuramas, kukepal, kubaling ke dinding. Aku kemudiannya berlari-lari ke Kelvingrove Park.

Memang, dingin bagai salji, putih bagai salji, suci bagai salji.

Cuma di keriangan ini, aku sendirian yang merasakannya. Benar, sungguh aku, aku suka begini. Tapi, di suatu sudut yang terceruk di dalam hati ini membisikkan, 'tentu lebih indah kalau berteman.'

Kelvigrove Park
Glasgow
Feb 1988




01 February 1988

di mana-mana

Rose, kulihat engkau di mana-mana. Walau sekarang ini tiada sekerap dulu, tapi engkau tetap mendatang. Aku rindu pada dirimu sayang. Tapi aku juga tahu, bukan sekarang masanya.

Sabarlah, tunggulah, haraplah dan yang terutama ... pohonlah kepada Allah, agar dapat kita bersama keranaNya.

Glasgow

05 January 1988

Rinduku Kini

Rinduku kini
pada Jannah
tapi bukan pada 
berjenis sungai
atau merdu
bidadari memanggil
juga tiap pohon
yang ditanam
tapi padamu
oh Allah
biarlah hambaMu 
yang sebegini dhaif
dapat bertemu 
Tuhannya

Barrington Drive
Glasgow 
Jan 1988



19 December 1987

Dua Pucuk Aerogramme

Terkadang kala
terfikir juga aku
pada setianya
kau berharap
apa kita 
punya destini
yang mampu
mengajak pulang
hati mudaku
pada hangat
rindumu

Hunter Hall West
Glasgow University
Disember 1987



09 December 1987

Dialog

Suaramu tadi
tanpa ku pinta
kembali menyegarkan
kisah-kisah manisku
siapapun engkau
ku berterima kasih
sepenuh hati
juga siapa tahu
kalau nanti
kita dipertemukan
(entah apalah pula ceritamu ...)

Masjid al-Furqan
Carrington Street
Glasgow
Disember 1987




19 October 1987

Kerinduan

Rose
aku di sini 
terkapar sendirian
dingin suasana 
menghambat diriku 
ke dataran sepi

juga

kerinduan 
yang selama ini 
dapat kutahan
dan kusimpan 
kemas-kemas

kini 

tiba-tiba saja 
datang berlari


Kelvingrove Park
Okt 1987






05 October 1987

The Adoration of the Rose

Di kedinginan 
begini
kalaulah
harummu
dapat 
ke mari
menyapaku
tak kupeduli
bekunya
Glasgow

Oakfield Avenue
Okt 1987


27 September 1987

Selamat Tinggal Malaysia

Subuh dengan kemalasannya.

Outing, menziarah sanak saudara, phone sahabat-sahabat, packing.


p/s 1: Stop di sini dahulu, jumpa lagi di Glasgow ya, insyaAllah.

p/s 2: Teruskanlah perjalanan ini sang kembara. Moga selamat sampai ke destinasi yang dicita.

13 August 1987

Lunchdate with My Childhood Crush

KFC, Sitiawan

“Badrul ya?”

Aku mengangguk cuma. Aku belum berani lagi bertentang mata dengannya. She sat diagonally opposite me. Mulanya, aku kehilangan kata-kata. Tapi pengalaman-pengalaman sebelum ini terus memberi keyakinan diri bila berdepan dengan perempuan di suatu pertemuan.

Aku kemudiannya confident aje. Hazlina, jarang benar muka aku direnungnya. Dia renung depan. Dia renung jari-jemariku. Lalu, ‘respect-ku’ kuberikan.

Aku? Ku curi-curi menjeling (enjoying?) wajahnya. Still sweet. 

Bibirnya. Sekuntum bibir yang cute, basah ...

Aduhai, memori zaman kanak-kanak kembali berulang. Tapi, dia kini di depanku. Bukan di khayalan seorang budak lelaki 12 tahun, 8 tahun dulu di SK Methodist ACS Sitiawan.

Yours Truly (r-l): middle row, number two
Childhood Crush (l-r): middle row, number six


There’s nothing great, takala pertemuan ini. Tapi kuhargai kenangan. Aku hormat pengalaman hidupku, kerana ia telah mencorakkan seorang aku sekarang.

Aku biasa sahaja. Suasana tenang. Dia pun biasa juga. Kelakar kami berterusan. Dia macam dalam phone juga.

1/2 jam berlalu. Dia minta diri. Alasan? Entahlah.

Okaylah. Good luck.



12 July 1987

KL-Tg Malim-Ipoh-Sitiawan

Sabtu

Pagi aku bangun. Selamat tinggal Melawati.

Ke Pusat Bandaraya dengan kak uda. Relax2. Ronda2.

Breakfast di Central Market. Beli some 'things' dari situ.

Ke Pudu Raya.

Naik bas ekspress ke Tg. Malim. Jauh perjalanan & membosankan. Solat zohor di masjid di tengah pekan Tg Malim.

Kemudiannya ke IPSI untuk bertemu Azwa ... (sebenarnya, aku pun tak sure sangat tentang diriku, bagiku sekarang ... enjoy! enjoy! the youth).

Keluar dengannya.

Yang jelas aku confident aje sepanjang masa. Thanx experiences!!

Dah puas bersembang dengannya, kuunjuk birthday gifts untuknya. 

Dah puas kurenung wajahnya ... lepas asar aku naik bas ke Ipoh.

p/s: Azwa, baik orangnya. Aku respect dia. Dan aku kini tak tahu ...

10 July 1987

Sekapur Sireh 1987

Sukarnya bagiku untuk memulakan bicara. Tapi biarlah, biarlah kuajukan goresan tintaku begini.

Tiada yang 'grand' yang dapat kusertakan. Memang lama sudah kupendam dan kubiar suatu amalan yang menjadi kebiasaan (punning ...) i.e. mencatat peristiwa yang berlaku lewat hari-hari yang berlalu di 'diary kenangan', setiap tahun, setiap peristiwa yang kukira telah mendewasakan aku ... kutulis dalam diary. 

Tapi 1/2 tahun pertama 1987, kerutinan terpaksa kuhentikan. (Aku harus menumpukan 100% pada Advanced Level Exam.)

Aku kini kembali ... bersama berjuta kata-kata yang indah ... kenangan yang gemersik dan catatan-ctatan kenangan yang mengasyikkan. Aku kini kembali dengan berbekal motivasi dan keazaman yang kukuh.

Ingin bersamaku sayang?

Boleh, kau boleh menuruti setiap lingkaran kenangan itu tapi dengan syarat, usah kau buat ulasan atau sebarang komentar. 

Ini adalah aku. Kau adalah kau.

Tak ada yang sama.

That's it. Permisi dulu. 

Wassalam.


Sincerely,

Shamanis





17 May 1987

Iza

Seterusnya, ku bertemu Norliza (Iza).

Begini ceritanya ...

Exam A-Level ku hampir ke penghujungnya, cuma tinggal Practical Physics, so relax la. Lagipun intervalnya panjang, seminggu. Nak lepak kat SEMESTI pun apa dapat, budak-budak tengah exam.

Lalu akupun ke Ipoh. Shopping kasut di Kompleks Yik Foong, Larrie Flexible RM69.90 untuk Farewell Party A-Level students di Rest House Teluk Intan.

Pagi tu Nabil (my STAR and SEMESTI schoolmate) hantar aku ke stesen bas (oh yes, malam sebelumnya aku tidur di rumahnya, sempat jugak ku usik-usik sis-nya). 

Hujan lebat menggila. Aku baca suratkhabar The STAR aje, (Malay Mail edisi petang).

Kuringkaskan cerita, seorang gadis basah bajunya (right ...) dek hujan lebat berteduh dekatku. Aku terus memulakan ceritaku.

Kami tiba-tiba rancak bersembang. Dia terhibur mendengar kelakarku (that's what I think). Oh, rupanya dia sama dengan Hazlina di MRSM Seremban dulu dan dia akan ke US 5hb Julai ini.

Tiba-tiba saja kami jadi mesra. Rupanya, dia seorang yang tabah menghadapi cabaran kehidupan. Bapanya tiada, ibunya entah ke mana. Dan adik beradiknya entah siapa yang membela mereka. Dia tinggal dengan neneknya.

Oh, gadis manis, putih melepak, hidung mancung, aku simpati dan kagumi ketabahanmu.

Walaumacam manapun, aku tetap aku.

Aku memberikan nama dan address ku setelah dimintanya. She promised to write to me when she landed in US nanti.

"Boleh duduk sebelah saya nanti?"

Aku semacam tak percaya bila aku menyatakan soalan itu padanya.

"Boleh ..." 

Antara dengar dan tidak jawab Iza.

Kamipun duduk bersama di dalam bas ekspres Ipoh-Lumut.

Sembang punya sembang, cerita punya cerita, ketawa punya ketawa, manisnya kenangan!!!

"Nah souvenir dari saya," ku hulur pencil-topper Garfield yang kubeli dari Ribbons semalamnya.

Nak tahu dia bagi apa? Dia beri satu beg plastik jagung manis ... semanis dirinya.

Bye! Bye! Iza.

Garfield Pencil Topper

Sweet corn as sweet as my dear Iza







17 April 1987

Jie

Siapa Jie tu?

Dia seorang gadis manis (tak putih tapi manis) yang kutemui di sekitar Teluk Intan (TI). Pertemuan kami begini ...

Cuti Penggal  Satu sudahpun bermula, tapi aku lewat pulang ke kampung. Lagipun cadangku sepanjang dua minggu ni aku nak stay kat SEMESTI, cuba nak cover up apa yang termampu.

Tapi member semua balik ke sekolah tiga hari lagi. So, aku tak punya pilihan, terpaksa balik juga.

Aku naik bas dari SEMESTI ke TI. Mata keranjangku cepat saja menerpa wajah gadis-gadis manis yang menjadi penumpang. Ialah, seperti biasa.

Aku perasan ada sepasang mata yang mengekori pergerakkanku ke tempat duduk yang terkebelakang.

Sampai di TI, tiada tiket untuk ke Sitiawan petang itu. Jadi pagi esok lah ... so, petang ni enjoy dulu, lepas tu tidur kat rumah bro-in-law di pinggir TI.

Seterusnya, aku meronda-ronda di sekitar Rakyat Superstore. Tiba-tiba aku bertembung dengan seorang gadis manis (& sopan) yang rasaku sama-sama menaiki bas tadi.

Mata kami berpandangan. Aku pun tak sure apa yang harus kulakukan. Kemudian dia mengukir sebuah senyuman yang meredakan kekalutan hatiku.

Kami bertegur sapa sambil membelek-belek kartu-kartu ucapan. Sedang leka kumencari kartu comel untuk Rose, dia tiba-tiba menghilang.

Kemudian aku ke sebuah restoren untuk mengisi perut. Hujan renyai-renyai (lover's rain, seperti kata Hazlina). Aku ke masjid untuk bersolat asar. Hujan semakin lebat. Di antara doa-doa yang kupanjatkan kepada Allah swt ... tiba-tiba terlintas di hati kecilku, "kalaulah dapat kutemu gadis tadi ..."

Stesen bas Teluk Intan sekitar tahun1987   


Petang semakin lewat. Setelah hujan reda, segera ku tinggalkan masjid untuk ke stesen bas. Elok tiba saja aku di sana ... bas Hutan Melintang terus berlepas tanpa sempat ku naiki.

Aisey ... kena tunggu bas Bagan Datok la pulak (aku hendak ke rumah bro-in-law ku).

Aku duduk berhampiran dengan pintu bas. Sambil itu aku membaca Malay Mail (my typical bulletin).

Tiba-tiba saja dia naik, "Hai, rupanya kecil juga dunia ni ya?" 

Dia menyapaku dengan senyuman yang melirik-lirik dan terus duduk di depanku.

Itu lah Jie (hanya itu yang diberinya serta alamatnya) dan kamipun berkenalan ...


31 December 1984

Penghujung Disember 1984

Tiba juga hari ini, sebagai penutup seketika masa yang penuh peristiwa, 1984.

Oh 1984, kalau ku lewati hari-hari bersamamu, bermacam peristiwa telah kualami, dari semanis-manisnya sehingga ke sepahit-pahitnya.

Oh 1984, kau lah juga yang akan mengakhiri satu lat masa si suatu remajaku di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR).

Dan di kala ini aku mengenal cinta, cinta yang begitu unik untuk diintepretasikan, cuma ianya ku alami di STAR, bermula di STAR dan berakhir di STAR.

Kegemilangan dari pencapaianku dan kekecewaan dari kegagalanku menjadi peransang dan penyuluh hidupku kelak.

Di hari-hari akhirmu, kedewasaan dan kematangan mula bertapak di dalam diriku untuk meninggalkan seketika 'masa yang penuh peristiwa' kepada satu alam baru yang lebih mencabar !!


29 November 1984

Second Last Day in STAR

Kebanggaanku
terlalu pilu hati ini
kerana terpaksa meninggalkanmu
segala kenangan dan segala cerita
yang ku alami di persekitaranmu
memberi kesan yang mendalam
dalam membentuk seorang aku
walaupun aku terpaksa berpisah
aku kan tetap mengenangmu
dan cerita-ceritamu
di sebalik pagar berduri
di celah bangunan konkrit
dan di dalam hati ini

10 November 1984

Last Day

Bangun, mandi, solat, breakfast.

Assembly buat kali terakhir. Penyampaian penghargaan sekolah kepada mereka yang berjasa, dan yang memenangi perlawanan.

Dapat:
  • Sijil COLOURS Kriket
  • Sijil Library Prefect
  • Sijil NCO Kedet
  • Hadiah Kriket Inter-House
Susun meja (untuk SPM), bergambar dengan prefek White Huzai & Najib dengan Piala Kebersihan.

Balik ke White. Souvenir dari Iguk. Bei datang, bagi t-shirt Adidas.

Solat Jumaat.

Took a nap. Tengok tv.

Malam: Farewell to Norris.
Malam: SPM, insyaAllah.

16 July 1984

Cricket Match STAR vs RMC

Royal Military College (RMC)
Sungai Besi


RMC batting first, 93 runs all out.

My bowling figures:
8-3-5-1 (8 overs, 3 maidens, 5 runs, 1 wicket)

Batting:
9 runs not out

Won the match.

11 July 1984

School Days

STAR, Ipoh

Bangun pagi half past six.
Mandi dan bersolat.
Groom dan kemaskan tempat tidur.

Breakfast ... tak memenuhi selera.

Kimia 2.5 jam ... oh my God! Rasa-rasanya susah nak capai blueprint.

Interval.

Add Math ... berpeluh-peluh dibuatnya. Another 2.5 hours twisting my very own mind. Aku apply aje apa-apa yang aku tahu ... the rest is up to God.

Lunch.

Mandi & then solat.

Recently, I used to go to the surau and pray with the jemaah ... I mean, almost every waktu la except subuh ... cause I sleep for 5.5 hours.

Cricket ... tak ada form ... only I, know the reason why ... but it'll not last long.

After a few days all are going back to normal.

Study 'Ugama' like hell.


Al Buraq: Through the Scientific Lenses

(17:1) Glory be to Him, Who transported His Servant one night from the Masjid-i-Haram to the distant Temple, whose surroundings We have bles...