![]() |
| Yours Truly (r-l): middle row, number two Childhood Crush (l-r): middle row, number six |
13 August 1987
Lunchdate with My Childhood Crush
12 July 1987
KL-Tg Malim-Ipoh-Sitiawan
10 July 1987
Sekapur Sireh 1987
Sukarnya bagiku untuk memulakan bicara. Tapi biarlah, biarlah kuajukan goresan tintaku begini.
Tiada yang 'grand' yang dapat kusertakan. Memang lama sudah kupendam dan kubiar suatu amalan yang menjadi kebiasaan (punning ...) i.e. mencatat peristiwa yang berlaku lewat hari-hari yang berlalu di 'diary kenangan', setiap tahun, setiap peristiwa yang kukira telah mendewasakan aku ... kutulis dalam diary.
Tapi 1/2 tahun pertama 1987, kerutinan terpaksa kuhentikan. (Aku harus menumpukan 100% pada Advanced Level Exam.)
Aku kini kembali ... bersama berjuta kata-kata yang indah ... kenangan yang gemersik dan catatan-ctatan kenangan yang mengasyikkan. Aku kini kembali dengan berbekal motivasi dan keazaman yang kukuh.
Ingin bersamaku sayang?
Boleh, kau boleh menuruti setiap lingkaran kenangan itu tapi dengan syarat, usah kau buat ulasan atau sebarang komentar.
Ini adalah aku. Kau adalah kau.
Tak ada yang sama.
That's it. Permisi dulu.
Wassalam.
Sincerely,
Shamanis
17 May 1987
Iza
![]() |
| Garfield Pencil Topper |
![]() |
| Sweet corn as sweet as my dear Iza |
17 April 1987
Jie
![]() |
| Stesen bas Teluk Intan sekitar tahun1987 |
Petang semakin lewat. Setelah hujan reda, segera ku tinggalkan masjid untuk ke stesen bas. Elok tiba saja aku di sana ... bas Hutan Melintang terus berlepas tanpa sempat ku naiki.
31 December 1984
Penghujung Disember 1984
29 November 1984
Second Last Day in STAR
terlalu pilu hati ini
kerana terpaksa meninggalkanmu
segala kenangan dan segala cerita
yang ku alami di persekitaranmu
memberi kesan yang mendalam
dalam membentuk seorang aku
walaupun aku terpaksa berpisah
aku kan tetap mengenangmu
dan cerita-ceritamu
di sebalik pagar berduri
di celah bangunan konkrit
dan di dalam hati ini
10 November 1984
Last Day
Assembly buat kali terakhir. Penyampaian penghargaan sekolah kepada mereka yang berjasa, dan yang memenangi perlawanan.
Dapat:
- Sijil COLOURS Kriket
- Sijil Library Prefect
- Sijil NCO Kedet
- Hadiah Kriket Inter-House
Balik ke White. Souvenir dari Iguk. Bei datang, bagi t-shirt Adidas.
Solat Jumaat.
Took a nap. Tengok tv.
Malam: Farewell to Norris.
Malam: SPM, insyaAllah.
16 July 1984
Cricket Match STAR vs RMC
Sungai Besi
RMC batting first, 93 runs all out.
My bowling figures:
8-3-5-1 (8 overs, 3 maidens, 5 runs, 1 wicket)
Batting:
9 runs not out
Won the match.
11 July 1984
School Days
01 January 1984
Selamat Tahun Baru 1984
12.00 am: Aku menyaksikan pertukaran tahun. Kusambut salam perkenalan 1984. Aku berpuisi di dinihari yang sepi.
2.00 am: Tidur.
6.55 am: Bangun untuk bersolat Subuh.
7.10 am: Bermimpi kembali.
Half past eight: Baru bangun. Baca paper. Scorpions di FM Stereo. Enjoy sendiri dengan headphones.
Hampir pukul 11.30 am: Ke Teluk Batik ... berenang. Makhluk yang bernama manusia begitu rami sekali. Mandi sepuas-puas hati ... sehingga merah mata. Aku bermain ombak.
Sampai di rumah, kakak aku dah sampai dari Kolumpo.
Petangnya: Aku melayani perasaan nostalgik pada STAR dan persekitarannya. Surat-surat lama kubaca buat kali terakhir. Riwayat mereka berakhir di bakul sampah.
Malamnya: BLACKOUT
Rumahku bermandikan cahaya samar lagi suram dari pelita-pelita minyak tanah.
Lewat tengah malam: AKU MEMBARA LAGI
01 August 1983
STAR ... yang aku kenal
Aku yang mengisi zaman remajaku
yang penuh berliku-liku ini
di sebalik pagar berkawat
di antara bangunan konkrit
akan suatu hari nanti menginginkan
agar pita kehidupan di kala ini
dimainkan semula.
Di sebalik pagar berkawat
aku berlajar mengenai kehidupan
di antara bangunan konkrit
aku menagisi kesalan yang tercetus
Akan segala peristiwa
yang manis buat dikenang
pahit bila kurasakan
akan tetap bersemadi
di sebalik pagar berkawat
di antara bangunan konkrit
di dalam hati ini
Perintis 1983
Al Buraq: Through the Scientific Lenses
(17:1) Glory be to Him, Who transported His Servant one night from the Masjid-i-Haram to the distant Temple, whose surroundings We have bles...
-
I could sometimes, be quite melodramatic. A simple example would be, sniveling over the PETRONAS adverts . How pathetic could that be. ...
-
January-February The year started when I was still in a denial mode. It was slightly just a month after I left school. I left...
-
To Sir, Cikgu, and Everyone in Between What do my dear father, my uncle Pak Alang, my mother-in-law, my eldest brother Yeop, my big brother ...




