17 May 1987

Iza

Seterusnya, ku bertemu Norliza (Iza).

Begini ceritanya ...

Exam A-Level ku hampir ke penghujungnya, cuma tinggal Practical Physics, so relax la. Lagipun intervalnya panjang, seminggu. Nak lepak kat SEMESTI pun apa dapat, budak-budak tengah exam.

Lalu akupun ke Ipoh. Shopping kasut di Kompleks Yik Foong, Larrie Flexible RM69.90 untuk Farewell Party A-Level students di Rest House Teluk Intan.

Pagi tu Nabil (my STAR and SEMESTI schoolmate) hantar aku ke stesen bas (oh yes, malam sebelumnya aku tidur di rumahnya, sempat jugak ku usik-usik sis-nya). 

Hujan lebat menggila. Aku baca suratkhabar The STAR aje, (Malay Mail edisi petang).

Kuringkaskan cerita, seorang gadis basah bajunya (right ...) dek hujan lebat berteduh dekatku. Aku terus memulakan ceritaku.

Kami tiba-tiba rancak bersembang. Dia terhibur mendengar kelakarku (that's what I think). Oh, rupanya dia sama dengan Hazlina di MRSM Seremban dulu dan dia akan ke US 5hb Julai ini.

Tiba-tiba saja kami jadi mesra. Rupanya, dia seorang yang tabah menghadapi cabaran kehidupan. Bapanya tiada, ibunya entah ke mana. Dan adik beradiknya entah siapa yang membela mereka. Dia tinggal dengan neneknya.

Oh, gadis manis, putih melepak, hidung mancung, aku simpati dan kagumi ketabahanmu.

Walaumacam manapun, aku tetap aku.

Aku memberikan nama dan address ku setelah dimintanya. She promised to write to me when she landed in US nanti.

"Boleh duduk sebelah saya nanti?"

Aku semacam tak percaya bila aku menyatakan soalan itu padanya.

"Boleh ..." 

Antara dengar dan tidak jawab Iza.

Kamipun duduk bersama di dalam bas ekspres Ipoh-Lumut.

Sembang punya sembang, cerita punya cerita, ketawa punya ketawa, manisnya kenangan!!!

"Nah souvenir dari saya," ku hulur pencil-topper Garfield yang kubeli dari Ribbons semalamnya.

Nak tahu dia bagi apa? Dia beri satu beg plastik jagung manis ... semanis dirinya.

Bye! Bye! Iza.

Garfield Pencil Topper

Sweet corn as sweet as my dear Iza







17 April 1987

Jie

Siapa Jie tu?

Dia seorang gadis manis (tak putih tapi manis) yang kutemui di sekitar Teluk Intan (TI). Pertemuan kami begini ...

Cuti Penggal  Satu sudahpun bermula, tapi aku lewat pulang ke kampung. Lagipun cadangku sepanjang dua minggu ni aku nak stay kat SEMESTI, cuba nak cover up apa yang termampu.

Tapi member semua balik ke sekolah tiga hari lagi. So, aku tak punya pilihan, terpaksa balik juga.

Aku naik bas dari SEMESTI ke TI. Mata keranjangku cepat saja menerpa wajah gadis-gadis manis yang menjadi penumpang. Ialah, seperti biasa.

Aku perasan ada sepasang mata yang mengekori pergerakkanku ke tempat duduk yang terkebelakang.

Sampai di TI, tiada tiket untuk ke Sitiawan petang itu. Jadi pagi esok lah ... so, petang ni enjoy dulu, lepas tu tidur kat rumah bro-in-law di pinggir TI.

Seterusnya, aku meronda-ronda di sekitar Rakyat Superstore. Tiba-tiba aku bertembung dengan seorang gadis manis (& sopan) yang rasaku sama-sama menaiki bas tadi.

Mata kami berpandangan. Aku pun tak sure apa yang harus kulakukan. Kemudian dia mengukir sebuah senyuman yang meredakan kekalutan hatiku.

Kami bertegur sapa sambil membelek-belek kartu-kartu ucapan. Sedang leka kumencari kartu comel untuk Rose, dia tiba-tiba menghilang.

Kemudian aku ke sebuah restoren untuk mengisi perut. Hujan renyai-renyai (lover's rain, seperti kata Hazlina). Aku ke masjid untuk bersolat asar. Hujan semakin lebat. Di antara doa-doa yang kupanjatkan kepada Allah swt ... tiba-tiba terlintas di hati kecilku, "kalaulah dapat kutemu gadis tadi ..."

Stesen bas Teluk Intan sekitar tahun1987   


Petang semakin lewat. Setelah hujan reda, segera ku tinggalkan masjid untuk ke stesen bas. Elok tiba saja aku di sana ... bas Hutan Melintang terus berlepas tanpa sempat ku naiki.

Aisey ... kena tunggu bas Bagan Datok la pulak (aku hendak ke rumah bro-in-law ku).

Aku duduk berhampiran dengan pintu bas. Sambil itu aku membaca Malay Mail (my typical bulletin).

Tiba-tiba saja dia naik, "Hai, rupanya kecil juga dunia ni ya?" 

Dia menyapaku dengan senyuman yang melirik-lirik dan terus duduk di depanku.

Itu lah Jie (hanya itu yang diberinya serta alamatnya) dan kamipun berkenalan ...


31 December 1984

Penghujung Disember 1984

Tiba juga hari ini, sebagai penutup seketika masa yang penuh peristiwa, 1984.

Oh 1984, kalau ku lewati hari-hari bersamamu, bermacam peristiwa telah kualami, dari semanis-manisnya sehingga ke sepahit-pahitnya.

Oh 1984, kau lah juga yang akan mengakhiri satu lat masa si suatu remajaku di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR).

Dan di kala ini aku mengenal cinta, cinta yang begitu unik untuk diintepretasikan, cuma ianya ku alami di STAR, bermula di STAR dan berakhir di STAR.

Kegemilangan dari pencapaianku dan kekecewaan dari kegagalanku menjadi peransang dan penyuluh hidupku kelak.

Di hari-hari akhirmu, kedewasaan dan kematangan mula bertapak di dalam diriku untuk meninggalkan seketika 'masa yang penuh peristiwa' kepada satu alam baru yang lebih mencabar !!


29 November 1984

Second Last Day in STAR

Kebanggaanku
terlalu pilu hati ini
kerana terpaksa meninggalkanmu
segala kenangan dan segala cerita
yang ku alami di persekitaranmu
memberi kesan yang mendalam
dalam membentuk seorang aku
walaupun aku terpaksa berpisah
aku kan tetap mengenangmu
dan cerita-ceritamu
di sebalik pagar berduri
di celah bangunan konkrit
dan di dalam hati ini

10 November 1984

Last Day

Bangun, mandi, solat, breakfast.

Assembly buat kali terakhir. Penyampaian penghargaan sekolah kepada mereka yang berjasa, dan yang memenangi perlawanan.

Dapat:
  • Sijil COLOURS Kriket
  • Sijil Library Prefect
  • Sijil NCO Kedet
  • Hadiah Kriket Inter-House
Susun meja (untuk SPM), bergambar dengan prefek White Huzai & Najib dengan Piala Kebersihan.

Balik ke White. Souvenir dari Iguk. Bei datang, bagi t-shirt Adidas.

Solat Jumaat.

Took a nap. Tengok tv.

Malam: Farewell to Norris.
Malam: SPM, insyaAllah.

16 July 1984

Cricket Match STAR vs RMC

Royal Military College (RMC)
Sungai Besi


RMC batting first, 93 runs all out.

My bowling figures:
8-3-5-1 (8 overs, 3 maidens, 5 runs, 1 wicket)

Batting:
9 runs not out

Won the match.

11 July 1984

School Days

STAR, Ipoh

Bangun pagi half past six.
Mandi dan bersolat.
Groom dan kemaskan tempat tidur.

Breakfast ... tak memenuhi selera.

Kimia 2.5 jam ... oh my God! Rasa-rasanya susah nak capai blueprint.

Interval.

Add Math ... berpeluh-peluh dibuatnya. Another 2.5 hours twisting my very own mind. Aku apply aje apa-apa yang aku tahu ... the rest is up to God.

Lunch.

Mandi & then solat.

Recently, I used to go to the surau and pray with the jemaah ... I mean, almost every waktu la except subuh ... cause I sleep for 5.5 hours.

Cricket ... tak ada form ... only I, know the reason why ... but it'll not last long.

After a few days all are going back to normal.

Study 'Ugama' like hell.


01 January 1984

Selamat Tahun Baru 1984

12.00 am: Aku menyaksikan pertukaran tahun. Kusambut salam perkenalan 1984. Aku berpuisi di dinihari yang sepi.

2.00 am: Tidur.

6.55 am: Bangun untuk bersolat Subuh.

7.10 am: Bermimpi kembali.

Half past eight: Baru bangun. Baca paper. Scorpions di FM Stereo. Enjoy sendiri dengan headphones.

Hampir pukul 11.30 am: Ke Teluk Batik ... berenang. Makhluk yang bernama manusia begitu rami sekali. Mandi sepuas-puas hati ... sehingga merah mata. Aku bermain ombak.

Sampai di rumah, kakak aku dah sampai dari Kolumpo.

Petangnya: Aku melayani perasaan nostalgik pada STAR dan persekitarannya. Surat-surat lama kubaca buat kali terakhir. Riwayat mereka berakhir di bakul sampah.

Malamnya: BLACKOUT

Rumahku bermandikan cahaya samar lagi suram dari pelita-pelita minyak tanah.

Lewat tengah malam: AKU MEMBARA LAGI


01 August 1983

STAR ... yang aku kenal

Aku yang mengisi zaman remajaku

yang penuh berliku-liku ini

di sebalik pagar berkawat

di antara bangunan konkrit

akan suatu hari nanti menginginkan

agar pita kehidupan di kala ini

dimainkan semula.


Di sebalik pagar berkawat

aku berlajar mengenai kehidupan

di antara bangunan konkrit

aku menagisi kesalan yang tercetus


Akan segala peristiwa

yang manis buat dikenang

pahit bila kurasakan

akan tetap bersemadi

di sebalik pagar berkawat

di antara bangunan konkrit

di dalam hati ini


Perintis 1983



Al Buraq: Through the Scientific Lenses

(17:1) Glory be to Him, Who transported His Servant one night from the Masjid-i-Haram to the distant Temple, whose surroundings We have bles...