31 December 2022

Tahun 2022 yang Menghiburkan

Segala puji-pujian dan ucapan syukur ke hadrat Allah swt. Salawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad saw.

Berlalu sudah tahun 2022. Apa yang boleh kukatakan. Tahun 2022 amat menghiburkan. Terlalu banyak anugerah dan nikmat yang tidak terhingga dari Allah swt. 

Secara ringkas, biar ku singkap sedikit highlight:

Januari
Tahun baru 2022, bagi ku ianya sama saja dengan tahun-tahun sebelumnya. Layan melayan kawan-kawan di PETRONAS dengan cadangan dan usulan teknologi canggih 5G.

Same old same old

Februari
Aku telah membulatkan fikiran. Akan ku lepaskan jawatan Ketua Jabatan dan fokus kepada bidang kepakaran yang sedia ada minyak & gas. Jujurnya, aku tidak mahu membuang masa untuk bertanggung jawab dengan ketidak-cekapan dan ketidak-mampuan sebahagian dari ahli pasukan.

Mac
Aku mengambil cuti tak bergaji satu bulan, sebelum masuk balik dengan tugas baru. Sungguh seronok dapat ku mengambil sedikit masa untuk benar-benar beristirehat. Mulanya, singgah melawat SEMESTI  dan Bagan Datoh. Seterusnya menyewa van Hyundai Starex ke Pulau Pinang, Ipoh dan Manjung bersama-sama adik beradik. Belanja mereka semua. Ke Muzium Negara, Zoo Negara, mencuba-cuba Flight Simulator di Subang. 

Sireh pulang ...

April
Kembali dengan tugasan baru. Sedikit underdog.

Mei
Bulan Raya. Setelah lebih 2 tahun, baru dapat naik pesawat ke Singapura. Kemudiannya ke KK dan Sipitang.

Kembali ke Kota Singa

Jun
Urusan kerja di Melaka. Sambutan baik dari PETRONAS tentang 5G.

Pesisir Selat Melaka

Julai & Ogos
Biasa-biasa saja.

September
BMW F44, syukur. Pengembaraan ke Istanbul, Bursa, Merve (adik angkat yang comel), Clio (teringat Nicole & Papa), Uludag menyegarkan.

Alp yang rendang

Oktober & November
Layan-melayan MNC: Dell, Infosys, HPE, IBM, Nokia, Cisco, Red Hat, Honeywell, Schneider etc.

Goreng sikit-sikit

Disember
Perjalanan seumur hidup. Menziarah Nabi di Masjid Nabawi dan ibadah umrah di Makkah. Semoga dipermudahkan Allah untuk kembali ke sini lagi. 

Diri ini tak sama pun macam debu-debu kaki kuda para Sahabat r.a.



Al Buraq: Through the Scientific Lenses

(17:1) Glory be to Him, Who transported His Servant one night from the Masjid-i-Haram to the distant Temple, whose surroundings We have bles...