17 May 1987

Iza

Seterusnya, ku bertemu Norliza (Iza).

Begini ceritanya ...

Exam A-Level ku hampir ke penghujungnya, cuma tinggal Practical Physics, so relax la. Lagipun intervalnya panjang, seminggu. Nak lepak kat SEMESTI pun apa dapat, budak-budak tengah exam.

Lalu akupun ke Ipoh. Shopping kasut di Kompleks Yik Foong, Larrie Flexible RM69.90 untuk Farewell Party A-Level students di Rest House Teluk Intan.

Pagi tu Nabil (my STAR and SEMESTI schoolmate) hantar aku ke stesen bas (oh yes, malam sebelumnya aku tidur di rumahnya, sempat jugak ku usik-usik sis-nya). 

Hujan lebat menggila. Aku baca suratkhabar The STAR aje, (Malay Mail edisi petang).

Kuringkaskan cerita, seorang gadis basah bajunya (right ...) dek hujan lebat berteduh dekatku. Aku terus memulakan ceritaku.

Kami tiba-tiba rancak bersembang. Dia terhibur mendengar kelakarku (that's what I think). Oh, rupanya dia sama dengan Hazlina di MRSM Seremban dulu dan dia akan ke US 5hb Julai ini.

Tiba-tiba saja kami jadi mesra. Rupanya, dia seorang yang tabah menghadapi cabaran kehidupan. Bapanya tiada, ibunya entah ke mana. Dan adik beradiknya entah siapa yang membela mereka. Dia tinggal dengan neneknya.

Oh, gadis manis, putih melepak, hidung mancung, aku simpati dan kagumi ketabahanmu.

Walaumacam manapun, aku tetap aku.

Aku memberikan nama dan address ku setelah dimintanya. She promised to write to me when she landed in US nanti.

"Boleh duduk sebelah saya nanti?"

Aku semacam tak percaya bila aku menyatakan soalan itu padanya.

"Boleh ..." 

Antara dengar dan tidak jawab Iza.

Kamipun duduk bersama di dalam bas ekspres Ipoh-Lumut.

Sembang punya sembang, cerita punya cerita, ketawa punya ketawa, manisnya kenangan!!!

"Nah souvenir dari saya," ku hulur pencil-topper Garfield yang kubeli dari Ribbons semalamnya.

Nak tahu dia bagi apa? Dia beri satu beg plastik jagung manis ... semanis dirinya.

Bye! Bye! Iza.

Garfield Pencil Topper

Sweet corn as sweet as my dear Iza







Al Buraq: Through the Scientific Lenses

(17:1) Glory be to Him, Who transported His Servant one night from the Masjid-i-Haram to the distant Temple, whose surroundings We have bles...