31 December 1984

Penghujung Disember 1984

Tiba juga hari ini, sebagai penutup seketika masa yang penuh peristiwa, 1984.

Oh 1984, kalau ku lewati hari-hari bersamamu, bermacam peristiwa telah kualami, dari semanis-manisnya sehingga ke sepahit-pahitnya.

Oh 1984, kau lah juga yang akan mengakhiri satu lat masa si suatu remajaku di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR).

Dan di kala ini aku mengenal cinta, cinta yang begitu unik untuk diintepretasikan, cuma ianya ku alami di STAR, bermula di STAR dan berakhir di STAR.

Kegemilangan dari pencapaianku dan kekecewaan dari kegagalanku menjadi peransang dan penyuluh hidupku kelak.

Di hari-hari akhirmu, kedewasaan dan kematangan mula bertapak di dalam diriku untuk meninggalkan seketika 'masa yang penuh peristiwa' kepada satu alam baru yang lebih mencabar !!


29 November 1984

Second Last Day in STAR

Kebanggaanku
terlalu pilu hati ini
kerana terpaksa meninggalkanmu
segala kenangan dan segala cerita
yang ku alami di persekitaranmu
memberi kesan yang mendalam
dalam membentuk seorang aku
walaupun aku terpaksa berpisah
aku kan tetap mengenangmu
dan cerita-ceritamu
di sebalik pagar berduri
di celah bangunan konkrit
dan di dalam hati ini

10 November 1984

Last Day

Bangun, mandi, solat, breakfast.

Assembly buat kali terakhir. Penyampaian penghargaan sekolah kepada mereka yang berjasa, dan yang memenangi perlawanan.

Dapat:
  • Sijil COLOURS Kriket
  • Sijil Library Prefect
  • Sijil NCO Kedet
  • Hadiah Kriket Inter-House
Susun meja (untuk SPM), bergambar dengan prefek White Huzai & Najib dengan Piala Kebersihan.

Balik ke White. Souvenir dari Iguk. Bei datang, bagi t-shirt Adidas.

Solat Jumaat.

Took a nap. Tengok tv.

Malam: Farewell to Norris.
Malam: SPM, insyaAllah.

16 July 1984

Cricket Match STAR vs RMC

Royal Military College (RMC)
Sungai Besi


RMC batting first, 93 runs all out.

My bowling figures:
8-3-5-1 (8 overs, 3 maidens, 5 runs, 1 wicket)

Batting:
9 runs not out

Won the match.

11 July 1984

School Days

STAR, Ipoh

Bangun pagi half past six.
Mandi dan bersolat.
Groom dan kemaskan tempat tidur.

Breakfast ... tak memenuhi selera.

Kimia 2.5 jam ... oh my God! Rasa-rasanya susah nak capai blueprint.

Interval.

Add Math ... berpeluh-peluh dibuatnya. Another 2.5 hours twisting my very own mind. Aku apply aje apa-apa yang aku tahu ... the rest is up to God.

Lunch.

Mandi & then solat.

Recently, I used to go to the surau and pray with the jemaah ... I mean, almost every waktu la except subuh ... cause I sleep for 5.5 hours.

Cricket ... tak ada form ... only I, know the reason why ... but it'll not last long.

After a few days all are going back to normal.

Study 'Ugama' like hell.


01 January 1984

Selamat Tahun Baru 1984

12.00 am: Aku menyaksikan pertukaran tahun. Kusambut salam perkenalan 1984. Aku berpuisi di dinihari yang sepi.

2.00 am: Tidur.

6.55 am: Bangun untuk bersolat Subuh.

7.10 am: Bermimpi kembali.

Half past eight: Baru bangun. Baca paper. Scorpions di FM Stereo. Enjoy sendiri dengan headphones.

Hampir pukul 11.30 am: Ke Teluk Batik ... berenang. Makhluk yang bernama manusia begitu rami sekali. Mandi sepuas-puas hati ... sehingga merah mata. Aku bermain ombak.

Sampai di rumah, kakak aku dah sampai dari Kolumpo.

Petangnya: Aku melayani perasaan nostalgik pada STAR dan persekitarannya. Surat-surat lama kubaca buat kali terakhir. Riwayat mereka berakhir di bakul sampah.

Malamnya: BLACKOUT

Rumahku bermandikan cahaya samar lagi suram dari pelita-pelita minyak tanah.

Lewat tengah malam: AKU MEMBARA LAGI


Al Buraq: Through the Scientific Lenses

(17:1) Glory be to Him, Who transported His Servant one night from the Masjid-i-Haram to the distant Temple, whose surroundings We have bles...